Tuesday, March 4, 2014

Seorang Humaira Mahpa

Bismillah.... Assalamualaikum w.b.t

Just come back from Temerloh to Ampang, open the facebook. My eyes read on this quote.


Scroll down, banyak lagi quote yg seperti ini drpd orang yg sama.

Humaira Mahpa, statusnya banyak menyentuh bahkan mengetuk hati ini. Membuatkan hati ini sayang dan rindu untuk ketemu walaupun hanya 2 hari tidak bertemu.

Mengimbau sejarah lama pertemuan, tiada yang keisitimewaan.
Tapi tidak tersangka, yang biasa itu, yang penuh keistimewaan.

Bertemu bila mencari seorang penolong setiausaha. Dan nama beliau yang dicanang.
Alhamdulillah, ada junior yang sudi membantu.
Tenang dan lembut. Tak macam diri ini, gelabah dan kasar tak tentu arah. Hoho..

Hari demi hari bekerja, sayang sebagai junior, sayang sebagai pen.setiausaha itu.
Makin bertumbuh menjadi sayang sebagai adik sendiri.
Memang, diri mengaku jika dapat dijadikan adik ipar, aku bersyukur.
Tapi, jodoh manusia itu, bukan di tangan aku.

Tahun demi tahun, sampai lah tahun sekarang
Aku meneliti, dirinya banyak berubah
Lebih matang, lebih sabar dan lebih redha
Dalam setiap dugaan yang datang
Tidak kira tanggungjawab yang dirasakan berat
Atau yang dia rasakan tetiba sahaja datang
Tanpa dijangka

Dan aku, semakin malu akan diri aku
Beliau yang muda dari aku
Lagi laju belajar tentang kehidupan
Berbanding aku yang 2 tahun lebih tua

Mengenang diri yang makin hari bertambah usia
Minggu depan genap 23 tahun
Apa entah yang aku perbaiki dalam diri
Yang aku nampak
Aku makin merosot dalam disiplin
Aku makin hanyut dalam kelekaan
Aku makin malas kekenyangan
Aku yang dalam kesedaran
Tapi lambat dalam ketindakan
Itulah aku

Dan beliau, aku harapkan sentiasa di sisiku
Menjadi pengingat aku kepada-Nya
Walaupun semangat berubah menjadi baik dalam diriku itu
Turun dan naik
Tapi, adanya dia
Adanya kata-kata penanya
Membawa hati aku kembali
mengingati-Nya
Dan aku amat bersyukur ya Rabbi.

Terima kasih Allah mengurniakan aku seorang Humaira Mahpa.
http://lifestyle-humairamahpa.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment