Sunday, March 31, 2013

Abang ke-3

Assalamualaikum w.b.t

Jalan2 kat fb, pastu baru perasan, kenapa grup famili kurang sorang? Abangku, Atiq..mana fb nye?
Search balik, Eh! Nape  unfriend?

Alahai, abangku sorang ni. Adik kamu ni ada buat salah ke sampai unfren bagai?

Well, nak kata... Abangku yg ni mmg pelik sikit dari abang-abangku yg lain (ada 3 abang jer pun..hu3). Dia sorang yg ceria, walaupun dulu sgt2 garang(takut ambo~), seorang yg sempoi, suka tanya-tanya pasal adik2 dia.. Dan yg paling aku ingat, bila dia kata: Ada apa-apa masalah bagitahu jelah dia, anggap dia sbg kawan, dia ok jer. Uish, menitik air mata..hu3

Tapi... mengapa kamu begini, abangku?
Ada masalahkah? mesej fon dan fb, x balas2? (Nak nangis~ ='( )

Abangku, Atiq Muid
-Bru fon umi, abang ku balik umah, tp nga muka serius, x nak cakap nga orang... (lagi nak nagis..kasian abangku)

Allah, permudahkan urusan kami~

Saturday, March 30, 2013

Dosa itu & Aku


Sekarang
Aku merasai bahawa 
Maruahku telah dikoyak rabak
Aku merasai bahawa
Imanku dihenyak-henyak
Aku merasai bahawa
Hatiku menangis teriak
Kerna aku mengulangi dosa yang lama

Dulu
Aku pernah merasai ini
Aku pernah berperasaan seperti ini
Aku pernah menangis kerna ini
Aku pernah menyesal kerna ini
Melakukan dosa yang telah berulang kali

Kemudian
Aku bimbang Rabbi
Andai aku mengulangi perkara yang sama
Masih sempatkah aku mengulangi taubatku
Masih relevankah diriku di dalam hamba-Mu

Jangan Dikau jauhkan daku dari-Mu
Jangan Dikau pulaukan daku dari golongan hamba-Mu
Tanpa-Mu siapalah aku
Sekadar sang penangis penyesal dosa
Yang saban waktu tersungkur mengulangi
Dosa itu

#Akubimbang/risau/takutakanmurka-Mu#
-Pagi sebelum volley competition, SUKOL


Wednesday, March 20, 2013

Coretan 1

Assalammualaikum w.b.t~
Hari ini hari yg aku rasa tak bermaya sekali. Minggu ni, minggu mid sem exam. Allah, tak sangka Community Helath (CH) exam boleh rasa sesusah tu. Mungkin Allah ingin menguji hamba-Nya ini.


Aku hanya seorang hamba-Nya
Yang tergigit terduduk apabila tidak bermaya
Yang menangis tersendu apabila terberat rasanya
Yang pastinya senyap diam tak berbicara
Apabila tiada apa yang mampu dilakukan

Disebabkan aku merupakan hamba-Nya
Maka aku akan sedih murung sebentar sahaja
Apabila semangat dihulurkan oleh-Nya
Aku akan bangkit semula
Apabila dibisikkan ujian itu milik-Nya
Agar aku bangkit menjadi seorang yang terbaik di sisi-Nya

Namun, aku juga seorang manusia biasa
Punya rasa jiwa dan sayang
Akan manusia lain yang pastinya diciptakan oleh-Nya
Akan rindu bila tidak disapa mahupun dikhabar tanya
Akan gelisah bila sayang tidak berbalas

Tapi, Allah itu jua menyedarkan
Sayang kepada makhluk-Nya yang lain biar berpada
Kerna Allah jua yang mesti dicintai
Melebihi segalanya

#YaAllah,bawakanakumenujucintaMumelebihisegalanya#

Friday, March 15, 2013

Nafas


Dan demi nafas yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku,
Ku berjanji
Ku akan menjadi Yang Terbaik

Jalankan segala perintah-Mu
Menjauhi segala larangan-Mu
Adalah sebaris doaku untuk-Mu

Dgn nama Allah yang Maha Pemurah,

Bermula sekali lagi satu garisan pemula

Diri cuba menyekat rasa penulisan, namun, tidak mampu. Maka, aku bermula sekali lagi blog setelah yakin untuk menghentikan blog batch yang tidak mampu dijalankan seorang diri. (Blog sendiri tak ada yang kisah update atau tak, dan yg plg best, boleh tulis apa2 jer tanpa ayat terlebih skema)

Demi Nafas

Nafas yang masih lagi diberikan untuk menghidupkan fizikal yang sihat, sejauh mana kita menggunakan dan menyedari pentingnya ia?
Nafas merupakan kehidupan, tanpa nafas, maka, tiadalah kehidupan.
Maka, sebenarnya aku amat percaya, kehidupan itu perlulah diisi dengan perkara-perkara penting, bukan dengan keseronokan dan kegembiraan hiburan semata-mata.
Namun, diri masih lagi dibelenggu oleh keseronokan sementara.

Dunia ini merupakan ladang untuk kehidupan akhirat.

Selepas satu nafas di dunia, maka, kita akan diberi nafas satu lagi di akhirat. Namun, masihkan mampu kita bernafas selena di dunia di akhirat sana?
Di situ, perlunya nafas dunia. Sebagai tempat persediaan, sebagai tempat pembinaan.

Telah lama Lena, Maka, Allah Membangunkan

Keputusan peperiksaan hari itu, sebenarnya banyak mengubahku. Banyak mengetukku. Banyak menyedarkan aku betapa tidak aku menggunakan nafas yang diberikan-Nya untuk menjadi yang terbaik.
Aku leka, lena, lalai, seronok ke sana-sini tanpa kepentingan ummah, hanya mencari keseronokan dunia semata. Hati imanyang menjerit tidak dihiraukan, didiamkan dengan lena atau bergela ketawa berlebihan. Maka, akhirnya aku jauh, jauh dari-Nya, tanpa ditarik kembali oleh sesiapa.

Tapi, Allah itu masih Menyayangiku

Gagal. Kali pertama gagal peperiksaan dalam kehidupan duniaku sejak sekolah rendah, mengetukku, dan menyedarkanku. Awalnya, memang agak susah untuk menerima, namun, sebenarnya pengalaman itu mengingatkan dan membawa kepada diri aku yang lebih tenang dari dulu. Merapatkan diri aku kepada-Nya.

Sejauh mana Manusia itu sendiri untuk mengambil pengajaran

Itu diri aku. Allah tahu, bila aku gagal dalam apa yang aku mahu, maka, aku akan semakin dekat dengan-Nya. Aku berterima kasih kepada-Nya. Aku hamba-Nya. Dia yang lebih Mengetahui.

Namun, ada juga yang diketuk-Nya, mereka tidak mengambil pengajaran. Diri masih tiada pembaikan dari segi pemikiran, pengurusan masa bahkan kerajinan diri dalam menuntut ilmu. Maka, rugilah mereka sedangkan Allah menyediakan ruang yang terbaik untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mengapakah kita tidak mahu menyahutnya?

Doa

Senjata mukmin. Pengikat hati. Pencerah jiwa. Penyedar seorang hamba.
Kata-kata nasihat dan semangat dari baba, umi, pensyarah, kakak-abangku merupakan doa buatku, harapnya. Hanya tinggal, aku usaha menjadi yang terbaik, maka, aku percaya Allah akan memberi yang terbaik.

Untuk mereka, berubahlah mejadi lebih baik. Bukan hanya untuk keputusan peperiksaan yang lebih baik, bahkan untuk nafas kita menjadi yang terbaik kepada kita di akhirat sana.

#okay, need to cont. study pharmacology ^_^