Wednesday, May 29, 2013

Only Allah




Assalamualaikum w.b.t

Hampir dgn exam, pastinya hatiku selalu resah gulana. Tidak kena di mana-mana, mungkin merasakan tidak cukup persediaan.

Melangkahlah keluar, maka, dikau akan menjumpai kesyukuran itu.

Bukankah Allah ada berfirman supaya 'Berjalan di atas muka bumi ini. Lihatlah dan ambillah pengajaran.'
Maka, saat itu. Saat hati gelisah, tidak tenang, ku mengorak langkah. Bergerak menuju ke rumah yang telah lama aku tidak menjejakkan kaki ke sana walaupun berdekatan dengan kampusku. 7.00 malam.

Mengambil wuduk, memakai pakaian solat. Berdiri mengangkat takbir. Namun, saat itu, aku insaf. Melihat seorang kakak tergocoh-gocoh solat ibarat tidak pernah solat sebelum ini. Akhir solat jamaah, aku tersenyum. "Patutlah. Mualaf rupanya" monolog hatiku.

Saat itu, aku berasa betapa aku terlalu leka dan lalai dgn Islamku selama ini. Tidak pernah mensyukuri dilahirkan dalam kelurga Islam. Penuh dengan dosa.

Dia, Ibarat Kain Yang Putih Bersih

Seorang mualaf. Ingin belajar. Mungkin lebih baik dari aku walaupun solatnya masih belum sempurna kerna dirinya seperti kain putih. Tiada dosa. Pastinya tenang.

Aku mengorak langkah ke ruang masjid. Mengulang hafalan. Perkara yang amat jarang aku lakukan. Itu aku mengaku. Tidak pernah bersyukur diberikan kesempatan untuk menghafal surah-surah dari surat cinta-Nya.

Belajarlah, Walaupun Berapa Umur Kamu

Wanita muallaf tadi duduk di bangku di laman masjid tersebut. Seorang pak cik datang berborak. Aku memasang telinga mendengar percakapan mereka. Nampaknya mereka saling bertukar pandangan. Alhamdulillah.... hatiku terkesan.

Malam itu, aku berada dalam kalangan yang tidak pernah aku kenali. Keadaan yang sangat jarang aku ingin dekati. Aku tenang. Ibarat, aku hanya ada Allah. Tiada resah, tiada sakit hati, tiada rasa tersepitnya hati ini dengan dosa yang aku lakukan, bahkan dengan sakita hati akan sikap-sikap manusia yang biasa berada di sekelilingku.

Malam itu,
Aku ingin ulangi kembali,
Aku meminta cinta-Mu kembali
Dalam hatiku

Malam itu,
Aku ingin sekali belajar
Aku ingin sekali bersungguh
Dalam menuntut ilmu
Seperti wanita muallaf tersebut

Malam itu,
Aku ingin berada di situ
Tanpa resah dan gelisah
Walaupun air mata menitis
Merembesi pipi
Hanya memikirkan betapa penuh dosaku
Hingga aku merasakan hatiku
Sudah tidah sensitif terhadap kasih sayang-Mu

Malam itu,
Aku ingin sentiasa sujud
Tanpa mengangkat kepala
Pasrah memberi segala hatiku
Ingin sekali hatiku diberikan kepada-Mu
Hanya-Mu Yang Satu
Tiada dua
Agar, aku tiada rasa dosa
dalam mencintai yang lain darimu

Aku berharap ketenangan darimu
Aku berharap aku tidak meninggalkan-Mu
Aku berharap Engkau tidak akan sesekali meninggalkanku
Sejauh mana aku terpesong
Sepenuh mana dosa dalam diriku
Kerna aku masih mahu
Menikmati Islam ini
Merasai ketenangannya
Dalam kehidupan diri ini



Sunday, May 26, 2013

Very glad for meeting you ^_^'



Feel to share my feeling this evening~
Aku bersyukur bertemu dia
Walaupun aku tahu dia bukannya sempurna
Daku jua bukan sempurna
Namun
Daku mampu menerima dia seadanya
Sepanjang 2 tahun setengah daku mengenalinya

Pada saat ini
Daku berasa bersyukur mengenalinya
Yang membuka kembali pintu hatiku
Menyukai seorang kaum Adam
Setelah pertama kali di'reject'
Setelah daku mengatakan rasa 
buat satu lembaga pada zaman silam ku dulu

Dia seorang bertimbang rasa
Walau kekadang 'lem' dalam menyedari
Dia seorang yang suka kerja
Walaupun kekadang merasakan dia suka mengarah
Dia yang baik hati
Walaupun kekadang menyakitkan hati
Dia yang suka bergurau
Walaupun kekadang guraunya tidak bertepi
Dia yang kekadang serius
Walaupun seriusnya kekadang menakutkan diri ini

Daku menerima dia seadanya
Pada sifatnya pada sikapnya
(Tapi, sikap awak mungkin boleh perbaiki lagi kut =P )
Daku menyukainya
Sejauh mana pun daku mengenali kelemahannya
Daku menghormatinya
Sejauh mana kelebihan yang dia ada

Dan yang paling penting
Daku melihat dan nampak
Dia sedang cuba perbaiki dirinya menjadi lebih baik
Mempersiapkan dirinya ke arah lelaki sejati
Sebelum melafazkan perkataan keramat

Maka, untuk diri daku
bersabarlah...bersabarlah
Andai dia yang terbaik buatmu, maka dialah
Setelah banyak petanda yg diberi-Nya olehmu
Mengapa percayamu semakin sirna

Sepatutnya percaya dirimu buatnya
Bahkan buat-Nya
Semakin hari semakin kuat
Semakin hari semakin teguh
Kerna cinta itu tiada apa-apa
tanpa percaya di dada

#perlengkapkan diri.. Gud Luck, Pro Exam II !!!

Saturday, May 25, 2013

Malam Perdana Siswa (Frenships is priceless)

                     


The best and colourful night ever... I love them... Please bring us to jannah, Ya Rabb...

Saat aku berduka
Mereka yang menemani
Bahkan menepuki
Tanda merasai kedukaan 
Yang daku rasa

Saat aku gembira
Mereka gembira bersama
Mereka ketawa bersama
Mereka tersenyum gembira

Begitu jua aku
Aku sedih apabila salah seorang dari mereka sedih
Aku tersenyum bahagia apabila kesemua mereka gembira

Ya Allah,
 Yang Mengikat Sang Hati
Ikatlah hati-hati kami
Hingga kami berjumpa kembali di syurga-Mu
Hingga kami sentiasa tenang
Dalam ukhuwah ini

Sesungguhnya
Aku mencintai mereka
Dan aku mahu jua
Dikau (Allah) mencintai mereka
Sentiasa

Haffi RaZa
8.30pm. 25/5/13

Sunday, May 5, 2013

Antara Dua

Bismillah.. Assalamualaikum w.b.t

Antara dua.. Tajuk post aku kali ini... (Tak ada kaitan dgn PRU hari ini ye ^_^' )

"Assalamualaikum." Aku mengukir senyuman. "Boleh saya duduk di sini?" Diri si kecil mulus itu mengangguk. Malu-malu. Mungkin memang sifatnya.

Seorang pelajar perempuan mendaki tangga. Pelajar yang berada dalam bas tadi. Rupanya sama kuliah. Budak Kelantan.

Saat itu, aku masih tidak tergambar hingga sampailah saat ini. Susah apabila perlu memilih antara dua. Dan, aku mengaku. Aku khilaf dalam menilai seorang yang bernama sahabat.

'Kalau cinta, pastinya ingin bersama ke syurga..' petikan dari Hilal.

Saat perlu memilih harus masuk ke kumpulan mana, aku berada di dalam persimpangan. Dia atau pun Dia. Dua-dua sahabatku. Dua-dua yang sentiasa berada di sisi ku. Dua-dua aku sayang. Dua-dua aku sedih apabila tidak mampu bersama. Telah 3 tahun bersama, tapi akhirnya aku perlu memilih, dia atau pun dia. Allahu Akbar! Susah. Kalau kumpulan kami boleh bergabung bersama, aku tidak kisah mana. Tapi, kumpulan kami berbeza, dari segi tempat apatah lagi posting..

Kekadang, aku rasa tidak adil. Diriku selalu dikorbankan untuk rakan-rakanku yang lain hingga mengorbankan bersama sahabat-sahabat rapatku. Namun, saat ini, aku telah mampu menerima.

Buat kamu yang sentiasa bersama sejak tahun 1, yang sebilik sejak tahun 1.. Aku minta maaf.. Aku khilaf dalam menilai caramu... Aku menyesal pernah menyimpan rasa yang tak selesa denganmu... Hakikatnya, aku yang mempunyai masalah dengan diriku sendiri. Maafkan aku sahabat.

Namun, sahabat... aku tahu dikau lagi berdikari berbanding sahabat ku yang si kecil mulus. Maka, walaupun saat ini, aku ingin bersamamu, namun, aku tahu, sahabat aku yang satu lagi memerlukan diriku. Walaupun sejauh mana hatiku akan merindui dirimu.. Yang rajin mengulang hafazan, bauan mu yang aku telah kenal sejak tahun 1, muka airmu yang telah aku kenal sejak tahun 1, bila kamu kecewa, bila kamu sedih, bila kamu gembira.. dan aku tahu, kamu mempunyai sesuatu yang bernilai dalam dirimu.. Sesuatu yang bernama Islam. Dirimu yang diselaputi kesufian, keinginan mendalami agama bahkan kedua orang tuamu yang mendalami agama. Dikau beruntung, sahabat. Moga kamu tegar dalam hidupmu.

Buat sahabatku si kecil mulus, aku tidak kisah berada dgn sesiapa..tapi, aku bimbangkan dirimu. Aku pastinya tidak akan selalu bersama di sisimu. Aku hanya berharap dikau mampu berdikari. Mampu mengorak langkah dengan keyakinan diri. Apatah lagi dengan kerajinan dirimu, pastinya dirimu berjaya. Tinggal, dirimu perlu menggilap keyakinanmu. Perlu menggilap kesensitifan mu dalam menyampaikan untuk menyedarkan kekawan kita yang lain. Aku tahu, hatimu tulus supaya kekawan kita yang lain boleh bersama ke syurga. Tapi, kata-kata yang merobek hati, pastinya tidak mampu membawa mereka. Penyampaian itu perlu follow up. Perlu bimbingan. Maka, saat kamu menyampaikan, bersama mengubah diri, maka, ajaklah kekawan lain dalam berubah jua.. Itulah dakwah sebenarnya. Mengikat hati. Dan pastinya, ia memerlukan masa bukan sekadar sehari....

Sahabat-sahabatku... Aku sayang kamu berdua.. Mungkin aku adalah manusia paling susah mengungkap kata sayang dan cinta.. namun saat aku mengungkap rasa itu, maka, sebenarnya aku memang telah mencintai mereka... Mencintai diri kamu berdua... yang menerima diriku seadanya..dan aku jua berusaha menerima dirimu seadanya...

Moga ukhuwah ini berpanjangan hingga ke syurga sana~

Wednesday, May 1, 2013

Peluang untuk kamu

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam berkawan, pelbagai perkara boleh berlaku. Mungkin kita boleh bergelak bersama dalam perkara keseronokan, tetapi dalam perkara serius, mengapakah kita tidak mampu untuk membantu meringankan bahkan perkara itu yang mengingatkan serta merapatkan diri kita kepda-Nya?

Maaf, saya amat mengagumi anugerah yang Allah beri kepada diri kamu, kawan. Akademikmu jauh lebih baik dari diriku, walaupun dirimu tak perlu berjaga malam untuk menelaah. Allah memberi anugerah itu buatmu.

Namun, mengapakah tak digunakan kelebihan itu dalam membawa dirimu menjadi lebih baik? bahkan mampu membantu kekawanmu yang lain. Bukankah itu yang lebih baik? Memberi pahala sebagai bekalan dalam hidup kamu kawan.

Kawan, aku tak kata diri aku lebih baik dari diri kamu. Aku ada cacat cela juga. Bukan maksum. Tapi, ini luahan hati aku. Aku kena bertungkus lumus dalam akademikku, jika tak, pastinya aku jatuh. Tapi, aku bersyukur, sekurang-kurangnya Allah membri cara aku mendapatkan pahala melalui aku usaha aku untuk cemerlang akademik.

Kawan, masamu.. gunakakn sebaiknya... Tanggungjawab yang diberikan, tolong laksanakan sesungguhnya.. moga tidak menyusahkan orang lain~