Thursday, March 13, 2014

Sakit itu Kifarah Dosa

Assalamualaikum w.b.t

Aku jarang sakit
Sejak kecil lagi aku begitu
Jika demam sedikit semasa belajar dulu
Baba masih memaksa aku ke sekolah
Mungkin sebab itu disiplin itu aku canang hingga hari ini

Dan hari ini aku demam
Bila aku demam
Aku mula teringatkan umi & baba
Pastinya akan dipastikan aku makan ubat
Menyuapku dengan penuh kasih sayang
Menyuruh aku makan untuk tenaga
Walaupun bila sakit
Aku hilang selera
Aku gagahkan kerna mereka
Mereka yang sangat mengambil berat tentangku

Aku tak tahu apa hikmah aku demam pada saat ini
Mungkin....
Banyak sangat dosa yang aku buat
Hingga Allah ingin mengurangkan dosaku
Kerna Dia sayang kepadaku

Dan aku rindu
Pada saat aku leka dengan pengaduan kepadanya
Di malam hari
Teguh walaupun diri lemau untuk berdiri
Kerna rinduku kepada-Nya
Memberi aku kekuatan untuk berjalan di atas muka bumi ini

Aku
Semakin hari semakin berubah
Ada aspek yang aku bertambah baik
Ada aspek yang aku bertambah buruk
Aku rindu bila aku di rumah
Aku tidak terdedah kepada kelekaan teknologi
Pada hari ini

Demamku pada hari ini
Mengingatkan betapa aku insan yang lemah
Masih memerlukan perhatian
Daripada Allah yang Maha Penyayang
Dan daripada aliran kasih sayang umi & baba
Dan aku sangat rindu kepada mereka

No comments:

Post a Comment