Friday, January 31, 2014

Bagaimanakah anakmu nanti?




Assalamualaikum, rasa lama tak meng'update blog.

31/01/13, Jumaat
 Jumaat, hari yang barakah. Malam yang sangat sunyi di Labour & Delivery Suite (LDS). Aku melalui jalan memasuki pintu, LDS.

JM Kak Pah menegur: "Dik, tolong iqamatkan anak tadi. Bilik 7"
Aku: "Perempuan ke, kak?"
JM Kak Pah: "Aah"

Monolog hati, ini mesti kes 'single mother status'. Menggeleng. Dunia akhir zaman, ramai yang makin terpesong, ramai yang makin menipis imannya, tergoda dek hasutan syaitan. Dunia Obstetrik, pasti banyak berjumpa dengan kes seperti ini. Pelbagai ragam 'sms', ada yang malu, ada yang mahu bertaubat (alhamdulillah..) tapi ada juga yang tidak menunjukkan perasaan segan dan malu pun atas perbuatan tersebut walaupun banyak kali melakukan zina (nauzubillah...).

Eh, tak nak cakap pasal zina kat post ni... Nak cakap pasal anak...

Anak, suci.. tak kisah apa status mak yang melahirkannya, dia adalah seorang anak yang suci. Pasti, bila kita pandang si anak itu, sayu rasanya.

Ini adalah anak 'sms' yang ke-3, yang aku ditakdirkan iqamatkan.

Aku: "Assalamualaikum, puan. Puan ingin iqamatkan anak puan?"
Si Ibu: "Aah. Boleh panggil bapanya masuk iqamatkan?"
Aku: "Maaf, puan. Selain husband, tak siapa boleh masuk ke sini. Mungkin di dalam wad nanti, puan boleh minta boyfriend puan iqamatkan. Sekarang ini, kalau puan tak keberatan, puan ingin saya iqamatkan anak puan?"
Si Ibu: "Aah. Terima kasih"

Aku.. 3 kali iqamatkan bayi, 3 kali juga aku rasa perasaan yang sama. Sedih, syahdu. Aku tahan air mata daripada mengalir. Dalam hati, aku doakan agar anak ini menjadi pembimbing kedua ibubapanya nanti. Aku iqamatkan, alunkan ayat qudsi dan selawat ke atas nabi. Pengharapan, agar anak ini tidak mengikut jejak langkah ibunya.

Anak, 
Dilahirkan suci tanpa debu dosa,
Tidak kira apa status ibunya,
Bukan si anak yang berdosa,
Dosa si ibu? Si bapa? Biarlah Allah yang menghitungnya.


Anak,
Orang kata, si anak kegembiraan ibu bapa,
Namun,
Mereka jika tidak dibimbing sebaiknya oleh si ibu & bapa,
Mungkin si anak menjadi penyebab neraka ibu bapa.


Namun, jika ditakdirkan si anak
Allah hadirkan hidayah dan jalan syurga
Kekadang doa si anak
Mampu menyelamatkan ibu dan bapanya
Dari sang neraka jahanam.

.....................................................................................................................................
Mengimbau kisah-kisah teladan dari zaman sahabat, aku teringat tentang sebuah kisah yang perginya seorang mujahid berperang fisabilillah, meninggalkan isterinya yang sarat mengandung. Perginya selama 27 tahun, hinggalah anak lelaki yang dalam kandungan isterinya itu membesar tanpa mengenali wajah ayahnya.

Setelah 27 tahun, ditakdirkan Allah, si mujahid itu pulang. Melihat seorang lelaki muda tidur di dalam rumahnya, melenting dirinya. Si isteri berpisat-pisat bangun, dan melihat suaminya dan anak lelakinya bertekak bersama.

Si isteri dengan nada yang nyaring berseru: 
"Lepaskan dia Rabi'ah... Anakku, dia ayahmu! Tenanglah Abu Abdul Rahman, di puteramu...."
Lalu, si anak, Rabi'ah mencium tangan ayahnya.

Namun, menjadi satu kerisauan si isteri, bila teringatkan wang dinar 30,000 yang diamanahkan untuknya daripada suaminya supaya dijaga semasa pemergiannya telah kehabisan dek menanggung pembelajaran anaknya.

Semasa Farrukh (Abu Abdul Rahman) meminta wang tersebut untuk digunakan bagi membeli tanah untuk berkebun, azan berkumandang.
"Manakah Rabi'ah?" tanya Farrukh. "Dia sudah terlebih dulu ke masjid", jawab Ummu Rabi'ah.
Beliau bergegas ke masjid. 

Selesai solat, Farrukh melihat ramai orang membanjiri kawasan dalam masjid bagi menghadiri kuliah seorang ulama. Dia belum pernah melihat pemandangan seperti itu sebelumnya. Farrukh cuba melihat wajah ulama itu, tetapi sukar kerana ramai yang mengelilinginya. Apabila majlis ilmu itu tamat, Farrukh bertanya seseorang: "Siapakah yang berceramah tadi?"

"Dia adalah seorang tokoh tabiin dan antara yang paling dihormati, muhaddis terbilang di Madinah, faqih dan imam kami, meskipun sangat muda. Majlis ilmunya dihadiri ole para ulama drpd segenap tempat"

"Siapakah namanya?"
"Namanya Rabi'ah ar-Ra'yi. Dipanggil ar-Ra'yi disebabkan apa jua kesulitan mengenai teks al-Quran yang tidak difahami, maka pasti dia mempunyai penerangan yang berharga. Nama sebenarnya ialah Rabi'ah bin Farrukh yg juga digelar Abu Abd. Rahman. Ibunya memelihara dan memberi pendidikan agama yang sempurna."

Air mata Farrukh bergenang. Melihat situasi itu, Ummu Rabi'ah bertanya mengapa. Setelah mengetahui penyebabnya, Ummu Rabi'ah mengambil kesempatan itu menceritakan apa yang berlaku kepada 30,000 mat awang dinar tersebut.

Ummu Rabiah: "Menurutmu wahai suamiku, manakah yang lebih engkau sukai? Wang yang banyak atau ilmu dan kehormatan yang telah dicapai anak kita?"
Farrukh: :Demi Allah, bahkan ilmu itu tidak layak dibandingkan dengan dunia dan seisinya," jawabnya.

......................................................................................................................................

Peranan isteri bila tiada suaminya, menjaga harta benda suaminya dan mendidik anak-anak.
Peranan suami, nafkah dan tenang serta adil dalam keputusan yang dibuatnya.

Dan, pastinya akhlak dan perbuatan seperti ini tidak datang bergolek. Datang dengan didikan yang dilalui oleh sang suami dan isteri dan dicurahkan kembali kepada sang anak. Saling berkaitan.

Tapi, dunia sekarang? Ingin mendirikan rumah tangga, tapi ilmu berkenaan rumah tangga untuk melalui rintangan-rintangan tersebut tidak dicari dan diambil. Akhirnya, retak sang rumah (nauzubillah...)

Remaja. Persiapkan dirimu. Jangan leka dan lalai akan perasaan hatimu. Perasaan cinta itu fitrah, tapi persoalannya, bagaimanakah kamu mengawalnya? 

Bagaimanakah anakmu nanti?
 Pandang diri, sudah cukupkah daku menjadi anak yang baik buat ibu bapaku? Sudah cukupkah diriku dalam ilmu mendidik anak-anakku nanti?

#prepare ourselves to be the better children and parents ever..may we are with our beloved ones in Jannah




No comments:

Post a Comment