Sunday, May 5, 2013

Antara Dua

Bismillah.. Assalamualaikum w.b.t

Antara dua.. Tajuk post aku kali ini... (Tak ada kaitan dgn PRU hari ini ye ^_^' )

"Assalamualaikum." Aku mengukir senyuman. "Boleh saya duduk di sini?" Diri si kecil mulus itu mengangguk. Malu-malu. Mungkin memang sifatnya.

Seorang pelajar perempuan mendaki tangga. Pelajar yang berada dalam bas tadi. Rupanya sama kuliah. Budak Kelantan.

Saat itu, aku masih tidak tergambar hingga sampailah saat ini. Susah apabila perlu memilih antara dua. Dan, aku mengaku. Aku khilaf dalam menilai seorang yang bernama sahabat.

'Kalau cinta, pastinya ingin bersama ke syurga..' petikan dari Hilal.

Saat perlu memilih harus masuk ke kumpulan mana, aku berada di dalam persimpangan. Dia atau pun Dia. Dua-dua sahabatku. Dua-dua yang sentiasa berada di sisi ku. Dua-dua aku sayang. Dua-dua aku sedih apabila tidak mampu bersama. Telah 3 tahun bersama, tapi akhirnya aku perlu memilih, dia atau pun dia. Allahu Akbar! Susah. Kalau kumpulan kami boleh bergabung bersama, aku tidak kisah mana. Tapi, kumpulan kami berbeza, dari segi tempat apatah lagi posting..

Kekadang, aku rasa tidak adil. Diriku selalu dikorbankan untuk rakan-rakanku yang lain hingga mengorbankan bersama sahabat-sahabat rapatku. Namun, saat ini, aku telah mampu menerima.

Buat kamu yang sentiasa bersama sejak tahun 1, yang sebilik sejak tahun 1.. Aku minta maaf.. Aku khilaf dalam menilai caramu... Aku menyesal pernah menyimpan rasa yang tak selesa denganmu... Hakikatnya, aku yang mempunyai masalah dengan diriku sendiri. Maafkan aku sahabat.

Namun, sahabat... aku tahu dikau lagi berdikari berbanding sahabat ku yang si kecil mulus. Maka, walaupun saat ini, aku ingin bersamamu, namun, aku tahu, sahabat aku yang satu lagi memerlukan diriku. Walaupun sejauh mana hatiku akan merindui dirimu.. Yang rajin mengulang hafazan, bauan mu yang aku telah kenal sejak tahun 1, muka airmu yang telah aku kenal sejak tahun 1, bila kamu kecewa, bila kamu sedih, bila kamu gembira.. dan aku tahu, kamu mempunyai sesuatu yang bernilai dalam dirimu.. Sesuatu yang bernama Islam. Dirimu yang diselaputi kesufian, keinginan mendalami agama bahkan kedua orang tuamu yang mendalami agama. Dikau beruntung, sahabat. Moga kamu tegar dalam hidupmu.

Buat sahabatku si kecil mulus, aku tidak kisah berada dgn sesiapa..tapi, aku bimbangkan dirimu. Aku pastinya tidak akan selalu bersama di sisimu. Aku hanya berharap dikau mampu berdikari. Mampu mengorak langkah dengan keyakinan diri. Apatah lagi dengan kerajinan dirimu, pastinya dirimu berjaya. Tinggal, dirimu perlu menggilap keyakinanmu. Perlu menggilap kesensitifan mu dalam menyampaikan untuk menyedarkan kekawan kita yang lain. Aku tahu, hatimu tulus supaya kekawan kita yang lain boleh bersama ke syurga. Tapi, kata-kata yang merobek hati, pastinya tidak mampu membawa mereka. Penyampaian itu perlu follow up. Perlu bimbingan. Maka, saat kamu menyampaikan, bersama mengubah diri, maka, ajaklah kekawan lain dalam berubah jua.. Itulah dakwah sebenarnya. Mengikat hati. Dan pastinya, ia memerlukan masa bukan sekadar sehari....

Sahabat-sahabatku... Aku sayang kamu berdua.. Mungkin aku adalah manusia paling susah mengungkap kata sayang dan cinta.. namun saat aku mengungkap rasa itu, maka, sebenarnya aku memang telah mencintai mereka... Mencintai diri kamu berdua... yang menerima diriku seadanya..dan aku jua berusaha menerima dirimu seadanya...

Moga ukhuwah ini berpanjangan hingga ke syurga sana~

No comments:

Post a Comment