Tuesday, April 9, 2013

Result: Fail vs 'A'

Bismillah... Assalamualaikum w.b.t

Mendapat keputusan mid sem exam hari itu, memang disangka-sangka oleh aku yang tak berapa rajin dalam study ni...hu3.. tapi alhamdulillah, moga ia memberi impak yg baik buat hidupku...

Namun, aku menilai diri aku...
saat mendapat keputusan yang kurang memuaskan
dengan saat mendapat keputusan yang menggembirakan
impaknya berbeza bagi diriku
Dan aku... tidak tahu mengapa

Aku masih ingin perasaan gembira belajar sesuatu pelajaran itu
Tapi rasa itu hanya aku rasa selepas keputusan exam final sem 1 hari itu
Aku tak tahu kenapa
Mungkin kerana perasaan pasrah yang aku ada
perasaan berserah segalanya kepada Allah di samping berusaha

Namun, selepas mendapat result yg baik
Rasa belajar itu hilang
Hilang dibawa bayu yang jauh dari aku hingga kehilangan
Aku rindukan rasa itu
Rasa yang sentiasa ingin belajar
Kerana aku sedar aku banyak yg tidak tahu

Allah, aku ingin ikhlas belajar kerana-Mu
Aku ingin gembira mencintai ilmu yang aku pelajari
Hadirkan perasaan cinta itu buatku
Agar aku tidak hanyut dibawa oleh cinta dunia
Yang sedikit-sedikit melalaikan diriku
Tanpa aku sedari atau sedari
Tanpa aku tahu untuk menolaknya

Dan aku takut akan pada waktu lalainya aku itu
Engkau menarik nyawaku
Lalu mencampakkan daku ke neraka-Mu

Jauhkanlah daku dari neraka-Mu~

No comments:

Post a Comment