Friday, March 15, 2013

Nafas


Dan demi nafas yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku,
Ku berjanji
Ku akan menjadi Yang Terbaik

Jalankan segala perintah-Mu
Menjauhi segala larangan-Mu
Adalah sebaris doaku untuk-Mu

Dgn nama Allah yang Maha Pemurah,

Bermula sekali lagi satu garisan pemula

Diri cuba menyekat rasa penulisan, namun, tidak mampu. Maka, aku bermula sekali lagi blog setelah yakin untuk menghentikan blog batch yang tidak mampu dijalankan seorang diri. (Blog sendiri tak ada yang kisah update atau tak, dan yg plg best, boleh tulis apa2 jer tanpa ayat terlebih skema)

Demi Nafas

Nafas yang masih lagi diberikan untuk menghidupkan fizikal yang sihat, sejauh mana kita menggunakan dan menyedari pentingnya ia?
Nafas merupakan kehidupan, tanpa nafas, maka, tiadalah kehidupan.
Maka, sebenarnya aku amat percaya, kehidupan itu perlulah diisi dengan perkara-perkara penting, bukan dengan keseronokan dan kegembiraan hiburan semata-mata.
Namun, diri masih lagi dibelenggu oleh keseronokan sementara.

Dunia ini merupakan ladang untuk kehidupan akhirat.

Selepas satu nafas di dunia, maka, kita akan diberi nafas satu lagi di akhirat. Namun, masihkan mampu kita bernafas selena di dunia di akhirat sana?
Di situ, perlunya nafas dunia. Sebagai tempat persediaan, sebagai tempat pembinaan.

Telah lama Lena, Maka, Allah Membangunkan

Keputusan peperiksaan hari itu, sebenarnya banyak mengubahku. Banyak mengetukku. Banyak menyedarkan aku betapa tidak aku menggunakan nafas yang diberikan-Nya untuk menjadi yang terbaik.
Aku leka, lena, lalai, seronok ke sana-sini tanpa kepentingan ummah, hanya mencari keseronokan dunia semata. Hati imanyang menjerit tidak dihiraukan, didiamkan dengan lena atau bergela ketawa berlebihan. Maka, akhirnya aku jauh, jauh dari-Nya, tanpa ditarik kembali oleh sesiapa.

Tapi, Allah itu masih Menyayangiku

Gagal. Kali pertama gagal peperiksaan dalam kehidupan duniaku sejak sekolah rendah, mengetukku, dan menyedarkanku. Awalnya, memang agak susah untuk menerima, namun, sebenarnya pengalaman itu mengingatkan dan membawa kepada diri aku yang lebih tenang dari dulu. Merapatkan diri aku kepada-Nya.

Sejauh mana Manusia itu sendiri untuk mengambil pengajaran

Itu diri aku. Allah tahu, bila aku gagal dalam apa yang aku mahu, maka, aku akan semakin dekat dengan-Nya. Aku berterima kasih kepada-Nya. Aku hamba-Nya. Dia yang lebih Mengetahui.

Namun, ada juga yang diketuk-Nya, mereka tidak mengambil pengajaran. Diri masih tiada pembaikan dari segi pemikiran, pengurusan masa bahkan kerajinan diri dalam menuntut ilmu. Maka, rugilah mereka sedangkan Allah menyediakan ruang yang terbaik untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mengapakah kita tidak mahu menyahutnya?

Doa

Senjata mukmin. Pengikat hati. Pencerah jiwa. Penyedar seorang hamba.
Kata-kata nasihat dan semangat dari baba, umi, pensyarah, kakak-abangku merupakan doa buatku, harapnya. Hanya tinggal, aku usaha menjadi yang terbaik, maka, aku percaya Allah akan memberi yang terbaik.

Untuk mereka, berubahlah mejadi lebih baik. Bukan hanya untuk keputusan peperiksaan yang lebih baik, bahkan untuk nafas kita menjadi yang terbaik kepada kita di akhirat sana.

#okay, need to cont. study pharmacology ^_^

No comments:

Post a Comment