Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

[[ Ahmad Ammar: Pencetus Kebangkitan Ummah ]]




Dalam lingkungan keselesaan
Kita lupa masih ada insan yang lebih memerlukan
Walaupun insan itu di sebelah kita
Namun kita membutakan mata
Alasannya rezeki ini milik aku



Dalam lingkungan keselesaan
Kita mengatakan takut untuk mengambil tanggungjawab
Alasannya kerna bebannya tanggungjawab itu
Namun diri sebenarnya di mahu menerima
Takut tidak mendapat keselesaan seperti saat ini
Biarlah orang lain yg sibuk mendapat tanggungjawab
Aku masih orang kerdil yang tanpa tanggungjawab

Perasaanku bercampur aduk 
Bila aku berjumpa manusia sebegini
Tidakkah kita mahu mulia di langit dan dunia
Seperti Ammar yang meninggal
Yang tidak takut mengambil tanggungjawabnya
Tidak takut untuk berada dalam ketidakselesaan
Sehingga namanya harum 
Jasadnya tertanam bersama perkuburan sahabat nabi
Dan in sha Allah, dia bangkit bersama mereka.

Aku menangis Ya Allah
Melihat pelbagai alasan yang aku berikan
Semata-mata untuk sentiasa berada dalam keselesaan
Keselesaan yang senyap-senyap memamah diri sendiri
Hilang di dunia tidak ditangisi
Lagi sakit bila di langit tidak diingati

Tuesday, March 4, 2014

Sia-sia

Assalamualaikum w.b.t

" Dunia ini merupakan titian menuju ke akhirat sana. Baik di dunia, insya Allah baik di akhirat sana"

"Allah tidak menjadikan hidup dan dunia ini sia-sia"

Kata-kata kakak itu menusuk telinga masuk ke hati.

.....................................................................................................................................

Aku masih begini.
Bagaimana?

Beginilah...
Leka, main-main, terlebih gelak ketawa

Sedangkan dakwah itu tidak terbina dengan gelak ketawa
Ia terbina dengan keseriusan
Tertubuh dengan keistiqamahan
Tak tergugah dengan keseronokan dunia
Yang makin hari makin menyebar sayapnya
......................................................................................................................................



"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang."

"Waku itu seperti pedang. Jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu"

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian. Kecuali, mereka yang beriman dan beramal soleh, serta menasihati kearah kebaikan"

Mengeluh.
Masa aku sekarang, masa depan aku.
Tapi, malas terus mentakhtai
Hati, fizikal dan mental
Sedangkan masa terus berlari meninggalkan
Aku yang terus kerugian

....................................................................................................................

Kata diri itu seorang KHALIFAH?
Kata diri itu seorang HAMBA?
Beginikah yang diri katakan sebagai Khalifah & Hamba Allah?
Nampaknya
Kalau dapat result exam untuk dunia ini
Kamu 'fail'lah
Kalau usaha kamu setakat ini

Balik-balik fikirlah
Kita hidup akhirnya akan ke mana
Nak bawa ke kelekaan dan kemalasan tu bersama?
Nak bawa keseronokan dan bergurau senda yang membutakan mata hati?
Akhirnya jatuh ke mana jika bawa semua itu?

Tanya diri,
Mahu ke SYurGa, atau NerAka?


Monday, February 10, 2014

Use Your Power To Spread The Miracle of Islam, Not Spread Your Nameless Name '


Marah itu seringkali menutup hati dari kebenaran,
Menambah ego dan menghilangkan kekuatan akal.

Maka hendaklah kita menahan kemarahan,
Dengan berfikir secara rasional,
Dan cuba untuk memahami pihak lawan.

Kerana yang kuat bukanlah yang mampu mengangkat berat,
Mereka yang mampu mengawal kemarahan,
Mereka itulah yang paling kuat.

~Sairi of Langit Ilahi~


Assalamualaikum w.b.t

      Aku biarkan jari-jariku men'scroll' dada muka buku itu. Terpampang mata kepada status fb langit ilahi yang telah lama aku 'follow'. Merenungi titian kehidupan sebagai pelajar perubatan klinikal yang baru menjengah beberapa bulan. Marah, emosi yang amat mencabar untuk aku tangani sejak menjejak tahun klinikal ini.

     Tidak benarlah kalau ditanya kawan-kawanku yang lain, jika mereka semua mengatakan tidak bimbang dengan kerja-kerja 'sekolah' mereka. Clerking patient setiap hari, case presentation, seminar presentation, SSM, case write-up dan baca buku medical yg lain lagi. Itu rutin pelajar perubatan. Dan kalu berada di ampang lagi lah..berulang alik dari hospital ke kampus..urusan persatuan sini sana.. Semasa pra-klinikal tempat tidak pernah menjadi masalah sebab pelajar pra-klinikal sentiasa di kampus, tapi bila dah masuk era klinikal, tempat dan pengangkutan amat membataskan keaktifan aku dalam persatuan. Terutama dalam memantau adik-adikku yang masih baru dalam mengendali persatuan ini.  Kalu difikirkan memang tak cukup masa. Tapi, masa itu cukup sebenarnya, mungkin hanya aku yang tidak pandai menghargai masa.

    Secara kasarnya, itulah hidup aku. Memang rasa tak gerun untuk melalui. Aku tak kisah perkara-perkara yang menyibukkan aku. Apa yang aku kisah, adalah manusia-manusia yang akan aku tempuhi dalam rutin-rutin aku itu. Manusia-manusia yang baik hati, memang sangat aku hargai. Menghargai orang lain, menghormati orang lain, hinggakan tanpa disuruh pastinya aku secara rela hati meghormatinya dan membantunya walaupun itu bukan kerja aku. Apa yang membuat hati aku sakit, bila ada sang manusia yang ingin diri dihormati, tapi dia layan orang lain macam rendah sangat dari diri dia. Bajet hidup lama lah kut. (dah tercampur emosi ni~)

    Manusia-manusia macam ni lah kekadang menyebabkan hati aku bergelegak. Plus lagi bila masalah-masalah persatuan yang bertambah dan rutin pelajar perubatan aku tak dapat nak handle dengan baik untuk hari itu. Aku ini punya satu penyakit. Bila aku rasa sakit hati sangat kat orang itu, memang sampai bila-bila aku ingat perbuatan orang itu buat kat aku. Hati, bila tercedera, takkan pernah parut itu hilang kan? Walaupun sembuh with good healing, perangai yang marah tak menentu, marah sebab kita terlupa nak adress dia, memang aku benci tahap gabang. Aku tak suka perangai itu, dan aku tak nak jadi macam itu. Lupa diri, dia itu hamba jugak.

   Marah + emosi = bencana. Plus orang atasan, meranalah orang bawahan. Huh! Sistem karma -_-' 
Whatever lah.. Fikir balik, buat apa lah aku fikir lama-lama pasal manusia-manusia ini. Doa jelah agar diorang jadi lebih baik. Tahap aku sebagai pelajar saja sekarang memang tak boleh buat apa-apa, aku boleh nasihat diri sendiri, kawan-kawan dan junior-junior supaya tak jadi macam manusia itu je. Bila up sikit, insya Allah dakwah lebih meluas.

'Use your power to spread the miracle of Islam, not spread your nameless name '  

Friday, January 31, 2014

Bagaimanakah anakmu nanti?




Assalamualaikum, rasa lama tak meng'update blog.

31/01/13, Jumaat
 Jumaat, hari yang barakah. Malam yang sangat sunyi di Labour & Delivery Suite (LDS). Aku melalui jalan memasuki pintu, LDS.

JM Kak Pah menegur: "Dik, tolong iqamatkan anak tadi. Bilik 7"
Aku: "Perempuan ke, kak?"
JM Kak Pah: "Aah"

Monolog hati, ini mesti kes 'single mother status'. Menggeleng. Dunia akhir zaman, ramai yang makin terpesong, ramai yang makin menipis imannya, tergoda dek hasutan syaitan. Dunia Obstetrik, pasti banyak berjumpa dengan kes seperti ini. Pelbagai ragam 'sms', ada yang malu, ada yang mahu bertaubat (alhamdulillah..) tapi ada juga yang tidak menunjukkan perasaan segan dan malu pun atas perbuatan tersebut walaupun banyak kali melakukan zina (nauzubillah...).

Eh, tak nak cakap pasal zina kat post ni... Nak cakap pasal anak...

Anak, suci.. tak kisah apa status mak yang melahirkannya, dia adalah seorang anak yang suci. Pasti, bila kita pandang si anak itu, sayu rasanya.

Ini adalah anak 'sms' yang ke-3, yang aku ditakdirkan iqamatkan.

Aku: "Assalamualaikum, puan. Puan ingin iqamatkan anak puan?"
Si Ibu: "Aah. Boleh panggil bapanya masuk iqamatkan?"
Aku: "Maaf, puan. Selain husband, tak siapa boleh masuk ke sini. Mungkin di dalam wad nanti, puan boleh minta boyfriend puan iqamatkan. Sekarang ini, kalau puan tak keberatan, puan ingin saya iqamatkan anak puan?"
Si Ibu: "Aah. Terima kasih"

Aku.. 3 kali iqamatkan bayi, 3 kali juga aku rasa perasaan yang sama. Sedih, syahdu. Aku tahan air mata daripada mengalir. Dalam hati, aku doakan agar anak ini menjadi pembimbing kedua ibubapanya nanti. Aku iqamatkan, alunkan ayat qudsi dan selawat ke atas nabi. Pengharapan, agar anak ini tidak mengikut jejak langkah ibunya.

Anak, 
Dilahirkan suci tanpa debu dosa,
Tidak kira apa status ibunya,
Bukan si anak yang berdosa,
Dosa si ibu? Si bapa? Biarlah Allah yang menghitungnya.


Anak,
Orang kata, si anak kegembiraan ibu bapa,
Namun,
Mereka jika tidak dibimbing sebaiknya oleh si ibu & bapa,
Mungkin si anak menjadi penyebab neraka ibu bapa.


Namun, jika ditakdirkan si anak
Allah hadirkan hidayah dan jalan syurga
Kekadang doa si anak
Mampu menyelamatkan ibu dan bapanya
Dari sang neraka jahanam.

.....................................................................................................................................
Mengimbau kisah-kisah teladan dari zaman sahabat, aku teringat tentang sebuah kisah yang perginya seorang mujahid berperang fisabilillah, meninggalkan isterinya yang sarat mengandung. Perginya selama 27 tahun, hinggalah anak lelaki yang dalam kandungan isterinya itu membesar tanpa mengenali wajah ayahnya.

Setelah 27 tahun, ditakdirkan Allah, si mujahid itu pulang. Melihat seorang lelaki muda tidur di dalam rumahnya, melenting dirinya. Si isteri berpisat-pisat bangun, dan melihat suaminya dan anak lelakinya bertekak bersama.

Si isteri dengan nada yang nyaring berseru: 
"Lepaskan dia Rabi'ah... Anakku, dia ayahmu! Tenanglah Abu Abdul Rahman, di puteramu...."
Lalu, si anak, Rabi'ah mencium tangan ayahnya.

Namun, menjadi satu kerisauan si isteri, bila teringatkan wang dinar 30,000 yang diamanahkan untuknya daripada suaminya supaya dijaga semasa pemergiannya telah kehabisan dek menanggung pembelajaran anaknya.

Semasa Farrukh (Abu Abdul Rahman) meminta wang tersebut untuk digunakan bagi membeli tanah untuk berkebun, azan berkumandang.
"Manakah Rabi'ah?" tanya Farrukh. "Dia sudah terlebih dulu ke masjid", jawab Ummu Rabi'ah.
Beliau bergegas ke masjid. 

Selesai solat, Farrukh melihat ramai orang membanjiri kawasan dalam masjid bagi menghadiri kuliah seorang ulama. Dia belum pernah melihat pemandangan seperti itu sebelumnya. Farrukh cuba melihat wajah ulama itu, tetapi sukar kerana ramai yang mengelilinginya. Apabila majlis ilmu itu tamat, Farrukh bertanya seseorang: "Siapakah yang berceramah tadi?"

"Dia adalah seorang tokoh tabiin dan antara yang paling dihormati, muhaddis terbilang di Madinah, faqih dan imam kami, meskipun sangat muda. Majlis ilmunya dihadiri ole para ulama drpd segenap tempat"

"Siapakah namanya?"
"Namanya Rabi'ah ar-Ra'yi. Dipanggil ar-Ra'yi disebabkan apa jua kesulitan mengenai teks al-Quran yang tidak difahami, maka pasti dia mempunyai penerangan yang berharga. Nama sebenarnya ialah Rabi'ah bin Farrukh yg juga digelar Abu Abd. Rahman. Ibunya memelihara dan memberi pendidikan agama yang sempurna."

Air mata Farrukh bergenang. Melihat situasi itu, Ummu Rabi'ah bertanya mengapa. Setelah mengetahui penyebabnya, Ummu Rabi'ah mengambil kesempatan itu menceritakan apa yang berlaku kepada 30,000 mat awang dinar tersebut.

Ummu Rabiah: "Menurutmu wahai suamiku, manakah yang lebih engkau sukai? Wang yang banyak atau ilmu dan kehormatan yang telah dicapai anak kita?"
Farrukh: :Demi Allah, bahkan ilmu itu tidak layak dibandingkan dengan dunia dan seisinya," jawabnya.

......................................................................................................................................

Peranan isteri bila tiada suaminya, menjaga harta benda suaminya dan mendidik anak-anak.
Peranan suami, nafkah dan tenang serta adil dalam keputusan yang dibuatnya.

Dan, pastinya akhlak dan perbuatan seperti ini tidak datang bergolek. Datang dengan didikan yang dilalui oleh sang suami dan isteri dan dicurahkan kembali kepada sang anak. Saling berkaitan.

Tapi, dunia sekarang? Ingin mendirikan rumah tangga, tapi ilmu berkenaan rumah tangga untuk melalui rintangan-rintangan tersebut tidak dicari dan diambil. Akhirnya, retak sang rumah (nauzubillah...)

Remaja. Persiapkan dirimu. Jangan leka dan lalai akan perasaan hatimu. Perasaan cinta itu fitrah, tapi persoalannya, bagaimanakah kamu mengawalnya? 

Bagaimanakah anakmu nanti?
 Pandang diri, sudah cukupkah daku menjadi anak yang baik buat ibu bapaku? Sudah cukupkah diriku dalam ilmu mendidik anak-anakku nanti?

#prepare ourselves to be the better children and parents ever..may we are with our beloved ones in Jannah




Tuesday, November 19, 2013

Kehidupan Anak & Ibu Bapa


Maka, apabila kamu bersyukur, Allah menambahkan nikmat kepadamu. Jika kamu bersabar, Allah memberikan ganjaran pahala kepada dirimu. 

Kali pertama, aku tidak tahu mengapa. Allah mendetikkan diri untuk meng'clerk' makcik tersebut. Dan Dialah jua yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Seorang nenek, berumur 80 tahun. Berkahwin 2, namun anaknya seorang. Tidak ada anak atau cucukah? Tidak! Semuanya diambil Allah dalam jangka masa yang sangat singkat. Anak perempuannya yang seorang, setia menunggu sang ibu yang dimamah usia.

Dan Allah jua menghantar aku kepada seorang pakcik itu. Umur, 73 tahun. Anak 3. Namun, tidak seorang pun yang sanggup menunggu ayahnya di hospital. Ibunya pula sakit tua di rumah. Siapa yang menjaga? Aku tidak sanggup bertanyakan. Pak cik mula berair mata bila aku bertanyakan tentang anak-anaknya.

Aku tidak tahu kondisi mana yang lebih baik. Tapi, Allah mengetahui mana yang lebih baik bagi mereka. Dan, Allah membuka mataku. Setia dan kasih sayang seorang anak itu amat didamba oleh ibu bapa terutama apabila menjengah usia tua.

Quote seorang sahabat istimewaku: " Salah satu pengisian dalam khutbah Jumaat minggu lepas. Petanda awal anak akan derhaka kpd kedua ibubapanya adalah apabila ibu bapa bertanyakan khabar terhadap anaknya. Sedangkan anaknya yg patut bertanya khabar dahulu kpd ibu bapa (Imam Ghazli)"

Cerita aku

Setelah memasuki alam universiti, barulah aku mampu bersyukur dikurniakan kedua ibu bapaku. Mungkin di mata orang lain mereka tidak sempurna, tapi bagiku mereka amat sempurna. Lumrah rumahtangga, pasti ada tawa gembira dan sedih kecewa. Dan, kita sebagai anak, pastilah melalui kondisi itu.

Dulu, di bangku sekolah rendah. Aku memang tidak mengerti apa. Baba yang bekeng. Umi yang kesibukan. Tapi... kenangan-kenangan kecil inilah yang melekat di memori aku sampailah sekarang.

Di sebalik garangnya Baba, rotan dan tangannya tidak pernah melebihi bahagian betis. Dan 'hadiah' yang diterima semasa kecil, bila difikirkan balik semasa besar, diri mampu menerimanya. Baba tidak pernah jemu membersihkan hidung si kecil yang nakal ini setiap kali ke tadika dan sekolah rendah. Baba juga tidak pernah lupa membawa si kecil ini makan pagi dan membeli bekalan kuih utk dibawa ke sekolah. Akhirnya, tabungku asyik penuh setiap tahun.

"Baba tak sekolah tinggi. Sijil Menengah Rendah pun tak berpeluang untuk ambil. Tapi, Baba nak anak-anak Baba berjaya. Baba juga tak pandai mengaji Quran, dan Baba harap bila satu hari lagi, ada bekalan yang dikirmkan kepada Baba nanti"-Baba

Bila aku teringat akan kata-kata ini, air mata aku pastinya bergenang. Berfikir, mampukah aku?

Umi, di sebalik kesibukannya, Umi tidak pernah lupa menyediakan makan mingguan dan baju raya setiap tahun. Dan semasa kecil, aku mengaku tidak pernah rasa rapat dengan umi, mungkin disebabkan kesibukan. Tapi, bila umi pencen, aku dapat merasai masa yang umi cuba luangkan bersama-sama anaknya sekarang.

Ingat lagi, saat aku pulang ke rumah. Pulang dengan hati yang tidak tenang. Hati seorang remaja, yang tersuka kepada seorang remaja lelaki. Kawan sekelas pula itu. Saat itu, di bilik solat, air mata ku mengalir. Umi baru selesai solat. Memandangku lalu membelaiku. Air mataku lantas laju mengalir. Bila esakku reda sedikit, barulah umi tanya kenapa.

Saat itu, walaupun segan, tapi aku paksa diri meluahkan kepada umi. Dan beban dalam hati itu, semakin ringan. Nasihat umi, "Itu perkara biasa Fah. Tapi, waktu ini Fah prepare je diri Fah. Jangan pernah meluahkan Fah suka dia, biarlah pada satu hari nanti bila dia memang sukakan Fah, dia sendiri yang datang. Lagipun, dia lelaki. Dan, Fah perempuan. Nanti akan tiba jua waktunya." Dan, sampai sekarang aku menuruti nasihatnya.

Anak-anak, jika tak ditanya kepada ibu bapa, ingin ditanya kepada siapa lagi? Anak-anak, takkan dari kecil sampai besar ingin menyusahkan ibu bapa lagi?

Kepada kita, seorang anak. Jadilah seorang anak yang merupakan permata kepada ibu bapa. Yang mendoakan serta menenangkan. Moga, kita tergolong dalam ahli syurga yang menyayangi kedua ibu bapa kita.

Wallahua'lam.




Sunday, November 17, 2013

Be Analyzer to Islam


Apabila diri semakin membesar

Allah memberi beberapa amanah tambahan
Untuk mematangkan pemikiran dalam tugasan
Bahkan cara kita berurusan dengan orang lain
Takkan pemikiran dan cara kita masih sama
Dari tahun lepas tanpa tanggungjawab tambahan
Dengan sekarang yang amanah semakin bertambah

Hubungkan aliran-aliran neuron dalam otak
Untuk memikirkan mana yang baik dan buruk
Memilih keputusan atau menambahbaik keputusan
Bukan hanya menurut sahaja arahan membuta tuli
Tanpa penganalisisan..

-Islam need the analyzer and deep thinker character in Muslim self-
To me and you
HaffiRaZa 3.44 am, 17/11/13

Assalamualaikum w.b.t

Coretan di atas saya ukir untuk renungan adik junior merangkap penolong setiausaha yang telah menjadi Setiausaha 1 untuk sesi MSC 2013/14. 

Mungkin, dia perlukan masa. Yang pasti, saya di sini ingin beliau lebih memahami hidup realiti. Dia memang seorang yang kuat dan mudah belajar. Tapi, mungkin dia memerlukan lebih masa dalam membuat keputusan.

Sejak saya ketemui dia tahun lepas, telah saya anggap dia sebagai seorang adik. Dan sayang saya kepadanya ibarat seorang kakak. Kalau dibolehkan, ingin diambil sebagai adik ipar ^_^V

Masa kita mencukupi, jika kita gunakan sebaiknya. Tapi, mahu atau tidak, itu yang menjadi permasalahan diri sendiri. ='(

Wallahua'lam.

Saturday, November 16, 2013

Saya seorang Pemuda


Assalamualaikum w.b.t
 Dah lama tak menulis. Nak dikatakan sibuk, taklah jua... disia-siakan dgn benda-benda yang tak sepatutnya mungkin.

Pemuda, masa yang berharga

Kekadang terfikir, banyaknya masa yang dibazirkan dengan kemalasan dan suka akan bersenang-lenang. Sedangkan, dunia itu adalah tempat untuk bekerja keras, akhirat jua tempat utk beristirehat sebenar.

Orang kata, bila diberi amanah atau jawatan, kita kan lebih menghargai masa. Saya mengeluh. Susahnya nak istiqamah akan perubahan yang baik. Perubahan yang buruk, masha Allah.. mudah sahaj melekat kat diri.

Saya tahu masa itu amat berharga, tapi saya masih dalam kelekaan.
Rugi. Saya tahu itu semua. Tapi, bergerak ke arah itu? Tarik nafas panjang.

Usaha dan akan terus usaha walau asyik jatuh bangun, jatuh bangun sekali pun. Walaupun kekadang rasa jua menyampah kenapa kena lebih baikkan diri, tapi, sedar bahawa diri ini siapa.

Hamba Allah. Lemah tapi kita jua,Khalifah Allah. Kuat kerana Allah. Jangan kata kita tewas selagi kita berpegang bahawa Allah akan sentiasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia inginkan.