Dalam lingkungan keselesaan
Kita lupa masih ada insan yang lebih memerlukan
Walaupun insan itu di sebelah kita
Namun kita membutakan mata
Alasannya rezeki ini milik aku
Dalam lingkungan keselesaan
Kita mengatakan takut untuk mengambil tanggungjawab
Alasannya kerna bebannya tanggungjawab itu
Namun diri sebenarnya di mahu menerima
Takut tidak mendapat keselesaan seperti saat ini
Biarlah orang lain yg sibuk mendapat tanggungjawab
Aku masih orang kerdil yang tanpa tanggungjawab
Perasaanku bercampur aduk
Bila aku berjumpa manusia sebegini
Tidakkah kita mahu mulia di langit dan dunia
Seperti Ammar yang meninggal
Yang tidak takut mengambil tanggungjawabnya
Tidak takut untuk berada dalam ketidakselesaan
Sehingga namanya harum
Jasadnya tertanam bersama perkuburan sahabat nabi
Dan in sha Allah, dia bangkit bersama mereka.
Aku menangis Ya Allah
Melihat pelbagai alasan yang aku berikan
Semata-mata untuk sentiasa berada dalam keselesaan
Keselesaan yang senyap-senyap memamah diri sendiri
Hilang di dunia tidak ditangisi
Lagi sakit bila di langit tidak diingati
No comments:
Post a Comment