Sunday, November 17, 2013

Be Analyzer to Islam


Apabila diri semakin membesar

Allah memberi beberapa amanah tambahan
Untuk mematangkan pemikiran dalam tugasan
Bahkan cara kita berurusan dengan orang lain
Takkan pemikiran dan cara kita masih sama
Dari tahun lepas tanpa tanggungjawab tambahan
Dengan sekarang yang amanah semakin bertambah

Hubungkan aliran-aliran neuron dalam otak
Untuk memikirkan mana yang baik dan buruk
Memilih keputusan atau menambahbaik keputusan
Bukan hanya menurut sahaja arahan membuta tuli
Tanpa penganalisisan..

-Islam need the analyzer and deep thinker character in Muslim self-
To me and you
HaffiRaZa 3.44 am, 17/11/13

Assalamualaikum w.b.t

Coretan di atas saya ukir untuk renungan adik junior merangkap penolong setiausaha yang telah menjadi Setiausaha 1 untuk sesi MSC 2013/14. 

Mungkin, dia perlukan masa. Yang pasti, saya di sini ingin beliau lebih memahami hidup realiti. Dia memang seorang yang kuat dan mudah belajar. Tapi, mungkin dia memerlukan lebih masa dalam membuat keputusan.

Sejak saya ketemui dia tahun lepas, telah saya anggap dia sebagai seorang adik. Dan sayang saya kepadanya ibarat seorang kakak. Kalau dibolehkan, ingin diambil sebagai adik ipar ^_^V

Masa kita mencukupi, jika kita gunakan sebaiknya. Tapi, mahu atau tidak, itu yang menjadi permasalahan diri sendiri. ='(

Wallahua'lam.

Saturday, November 16, 2013

Saya seorang Pemuda


Assalamualaikum w.b.t
 Dah lama tak menulis. Nak dikatakan sibuk, taklah jua... disia-siakan dgn benda-benda yang tak sepatutnya mungkin.

Pemuda, masa yang berharga

Kekadang terfikir, banyaknya masa yang dibazirkan dengan kemalasan dan suka akan bersenang-lenang. Sedangkan, dunia itu adalah tempat untuk bekerja keras, akhirat jua tempat utk beristirehat sebenar.

Orang kata, bila diberi amanah atau jawatan, kita kan lebih menghargai masa. Saya mengeluh. Susahnya nak istiqamah akan perubahan yang baik. Perubahan yang buruk, masha Allah.. mudah sahaj melekat kat diri.

Saya tahu masa itu amat berharga, tapi saya masih dalam kelekaan.
Rugi. Saya tahu itu semua. Tapi, bergerak ke arah itu? Tarik nafas panjang.

Usaha dan akan terus usaha walau asyik jatuh bangun, jatuh bangun sekali pun. Walaupun kekadang rasa jua menyampah kenapa kena lebih baikkan diri, tapi, sedar bahawa diri ini siapa.

Hamba Allah. Lemah tapi kita jua,Khalifah Allah. Kuat kerana Allah. Jangan kata kita tewas selagi kita berpegang bahawa Allah akan sentiasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia inginkan.

Monday, November 4, 2013

Selamat Hari Lahir, Baba


Dirimu sentiasa gigih merangkak
Walaupun duri-duri melingkari kehidupan
Dirimu sentiasa tabah meniti
Walaupun dikau sehari-hari merasa lemah kedilemaan
Dirimu sentiasa sabar memanjati
Walaupun setiap hari disakiti manusia di sisi

Baba,
Dikaulah idol ketabahan jua keberanian
Dikaulah model pemimpin bahkan penuh kebertanggungjawaban
Dikaulah raja yang menawan hatiku sejak kecil
Disebabkan prinsip dan disiplinmu
Yang mencorakkanku bagi bekalan kehidupanku

Dengan sifatmu itu Baba,
Ku tahu disebaliknya dikau menyayangiku
Walaupun tiada lafaz 'sayang' yang diucapkan
Ku tahu dikau mengambil berat akanku
Bila dirimu menyuap ubat semasa daku kelemahan
Ku tahu disebaliknya bahawa hatimu yang lembut
Menyikat rambutku menyelimuti daku
Bila diriku kekecilan

Baba,
Di sini dan saat ini,
Aku merinduimu
Dulu, Kini dan selamanya
Aku tetap meyayangimu
Sebagaimana dirimu menerima daku seadanya
Dikaulah baba kesayanganku seadanya


'Selamat Hari Lahir Yg Ke -61'
Dari anakmu dan sentiasa anakmu; Nur Iffah Illani bt Mohd Rasidi

Monday, September 16, 2013

Jumpa Kamu


4 orang jejaka memasuki bilik menunggu keluarga di Emergency Department malam itu. Mereka terus duduk dengan gelak tawa mereka. Jam baru menunjukkan pukul 9 malam. Aku? Malam itu, aku hanya sebagai pelajar perubatan yang on-call di ED, berasa bosan disebabkan tiada 'case' yang menarik yang boleh aku lihat pada malam itu. Aku melemparkan senyuman kepada mereka yang mengambil tempat duduk di hadapan aku.

"Assalamualaikum. Kenapa korang kat sini?" Aku memulakan bicara. Seperti biasa, aku yang pastinya memulakan dahulu sebuah persahabatan dgn lafaz salam sejahtera yang telah termaktub dalam ruh Islam.

"Kami hantar kawan, kak." Menjawab seorang jejaka tersebut. Ceria tapi lembut.
"Kawan kitorang asma kut kak. Tadi dia muntah darah."

Aku mengerut. Astma, takkan sampai muntah darah kut. Pulmonary tuberculosis symtoms mula berlari-lari dalam kepala aku. Membelek buku Medical Oxford handbook di tangan aku, ligat mencari TB. Aku tengah 'general surgical posting' bulan itu. Medical disease kurang aku ambil perhatian saat itu. Di ED lah, baru aku tahu betapa internal medicine itu sangat penting kat mana-mana pun.

"Akak, agak2 kawan kami tu ok x? Dia kena tahan wad x?" Kawan sebelah nya bertanya.

Dari situ, perbualan kami semua bermula. Ceria. Lama aku rasa tak lepak sebegitu. Aku rindu suasana tersebut. Tapi, dalam kalangan mereka, ada seorang. Senyap, kekadang saja dia bertanya itu dan ini yang berkaitan kawannya yang sakit kepada aku. Nampak lebih matang dari kawan-kawannya yang lain walaupun baru 21 tahun. Muda setahun dari aku.

Entah mengapa, aku tertarik kepadanya. Caranya. Terutama sekali, pandangannya. Pandangan yang penuh perhatian. Namun, aku akan tetap aku. Tetap ceria, mengawal diri dan mengingatkan diri aku masih seorang muslimah yang perlu menjaga batas-batasnya.

Kami berborak, ceria bilik itu aku rasa di sebabkan gelak ketawa kami semua. Kasihan keluarga pesakit lain. Pukul 11, 'Si Matang' itu memaklumkan kawannya dah ok. Mereka berangkat keluar. Si Banyak Cakap meminta no telefon dan fb akaun, namun aku masih jual mahal. Ha3 ^_^V

5 minit, aku dah rasa sunyi tanpa mereka. Hari itu, mungkin takdir menemukan hanya aku seorang yang mengenali mereka. Hanya aku, kerana biasanya malam-malam lain, aku akan sentiasa bersama-sama kawanku yang lain, tapi bukan malam itu.

Aku berjalan keluar, berharap mereka masih ada. Di samping, menghantar mereka pulang walaupun dengan mata dengan izin-Nya.

Dari jauh, di tempat parkir motosikal. Aku ternampak mereka. Tengah bersedia ingin berangkat pulang. Aku tersenyum, dan hatiku berbunga. Aku tak tahu kenapa, terutama sekali apabila melihat Si Matang itu tersenyum sambil menanti aku menghampiri mereka.

Aku menghampiri Si Banyak Cakap. Memberi fb akaun. Si Matang membaca nama penuhku di kad nama. Aku tersenyum. Aku menghantar mereka yang membonceng motorsikal keluar dari pintu hospital. Ceria, aku pulang kembali ke hostelku.

Membuka fb, Si banyak cakap meng'add' aku. Laju sahaja. Tapi, yang paling tekejut, Si Matang pun add aku.. Tersenyum. Dan, aku akan lebih mengenali mereka melalui medan sosial ini. Aku rindu ingin berbual dan lepak bersama mereka.

Harapan, moga dapat lepak dgn merka sebelum aku berangkat ke temerloh. Terutama Si Matang. Jumpa kamu nanti, insyaAllah.Harap dapat memberi ilmu tentang agama kepada kau semua, kawan-kawan baruku.

#Antara Si Dia (yang aku menanti sejak 3 tahun) atau si Matang, yang menarik diriku untuk mengenali dia pada saat ini. Biarkan Allah menentukan.

Monday, July 1, 2013

Diri ini

Apa mungkin diri ini dicaci dan diherdik,

Jika salah ditembusi,
Jika karam kapal dibebani,
Hingga membawa kepada kemusnahan diri.


Apa mungkin diri ini,
Dipuji dan ditawani hati,
Disukai dan dicintai,

Jika penuh kulat meniti,
Jika nanah mengairi,
Sekeping darah bernama hati.


Hanya Islam dicari,
Mencuci diri menghamba abdi,
Menenangkan dan mengalunkan sunyi,
Dalam jiwa seorang hamba Rabbi.

Saturday, June 22, 2013

Siapakah kawan rapat bagiku?

Assalamualaikum w.b.t

Kawan rapat bagiku,
Bukan yang sentiasa bersama
Bukan sentiasa yang bertanya di mana
Bukan sentiasa yang membelanja diri ini

Tapi,
Kawan rapat bagiku
Ialah apabila aku sangat-sangat memerlukan sokongannya
Dia menyokong aku
Suaranya itu cukup menguatkan aku
Saat aku merasa 'down' dalam penglihatan orang ramai
Dan aku pastinya mencari-cari suaranya
Dalam suara-suara yang bersorak memberi semangat buatku

Tapi,
Betapa hari itu menyedarkan aku
Tidak semestinya apa yang aku bagi pastinya aku mendapat kembali
Betapa aku mengerti cogan kata
Menyayangi biarlah besederhana
Agar tidak merasa sangat-sangat terluka

Mungkin hanya aku yang menganggap mereka kawan rapatku
Bukan mereka
Maka, mengapa perlu aku terhegeh-hegeh memaksa mereka
Menerima aku sebagai kawan rapatku

Aku tidak meminta lebih darimu, sahabat
Hanya sokongan dan dokongan saat aku benar-benar
Inginkan sebuah sokongan semangat
dan menjalani liku sebuah kepedihan

Pada hari ini, jangan salahkan aku
Andai aku mengambil jalan
untuk tidak menganggap kamu
sebagai seorang kawan rapat yang aku paling sayangi

22/06/13 6.07pm

Wednesday, May 29, 2013

Only Allah




Assalamualaikum w.b.t

Hampir dgn exam, pastinya hatiku selalu resah gulana. Tidak kena di mana-mana, mungkin merasakan tidak cukup persediaan.

Melangkahlah keluar, maka, dikau akan menjumpai kesyukuran itu.

Bukankah Allah ada berfirman supaya 'Berjalan di atas muka bumi ini. Lihatlah dan ambillah pengajaran.'
Maka, saat itu. Saat hati gelisah, tidak tenang, ku mengorak langkah. Bergerak menuju ke rumah yang telah lama aku tidak menjejakkan kaki ke sana walaupun berdekatan dengan kampusku. 7.00 malam.

Mengambil wuduk, memakai pakaian solat. Berdiri mengangkat takbir. Namun, saat itu, aku insaf. Melihat seorang kakak tergocoh-gocoh solat ibarat tidak pernah solat sebelum ini. Akhir solat jamaah, aku tersenyum. "Patutlah. Mualaf rupanya" monolog hatiku.

Saat itu, aku berasa betapa aku terlalu leka dan lalai dgn Islamku selama ini. Tidak pernah mensyukuri dilahirkan dalam kelurga Islam. Penuh dengan dosa.

Dia, Ibarat Kain Yang Putih Bersih

Seorang mualaf. Ingin belajar. Mungkin lebih baik dari aku walaupun solatnya masih belum sempurna kerna dirinya seperti kain putih. Tiada dosa. Pastinya tenang.

Aku mengorak langkah ke ruang masjid. Mengulang hafalan. Perkara yang amat jarang aku lakukan. Itu aku mengaku. Tidak pernah bersyukur diberikan kesempatan untuk menghafal surah-surah dari surat cinta-Nya.

Belajarlah, Walaupun Berapa Umur Kamu

Wanita muallaf tadi duduk di bangku di laman masjid tersebut. Seorang pak cik datang berborak. Aku memasang telinga mendengar percakapan mereka. Nampaknya mereka saling bertukar pandangan. Alhamdulillah.... hatiku terkesan.

Malam itu, aku berada dalam kalangan yang tidak pernah aku kenali. Keadaan yang sangat jarang aku ingin dekati. Aku tenang. Ibarat, aku hanya ada Allah. Tiada resah, tiada sakit hati, tiada rasa tersepitnya hati ini dengan dosa yang aku lakukan, bahkan dengan sakita hati akan sikap-sikap manusia yang biasa berada di sekelilingku.

Malam itu,
Aku ingin ulangi kembali,
Aku meminta cinta-Mu kembali
Dalam hatiku

Malam itu,
Aku ingin sekali belajar
Aku ingin sekali bersungguh
Dalam menuntut ilmu
Seperti wanita muallaf tersebut

Malam itu,
Aku ingin berada di situ
Tanpa resah dan gelisah
Walaupun air mata menitis
Merembesi pipi
Hanya memikirkan betapa penuh dosaku
Hingga aku merasakan hatiku
Sudah tidah sensitif terhadap kasih sayang-Mu

Malam itu,
Aku ingin sentiasa sujud
Tanpa mengangkat kepala
Pasrah memberi segala hatiku
Ingin sekali hatiku diberikan kepada-Mu
Hanya-Mu Yang Satu
Tiada dua
Agar, aku tiada rasa dosa
dalam mencintai yang lain darimu

Aku berharap ketenangan darimu
Aku berharap aku tidak meninggalkan-Mu
Aku berharap Engkau tidak akan sesekali meninggalkanku
Sejauh mana aku terpesong
Sepenuh mana dosa dalam diriku
Kerna aku masih mahu
Menikmati Islam ini
Merasai ketenangannya
Dalam kehidupan diri ini