Negara Pertama Jiwa kelihatan
damai malam itu. Bintang dan bulan tidak malu untuk mengeluarkan cahayanya bagi
dilihat manusia-manusia yang rindukan khayalan. Namun, pada satu saat, Zhuush!
Satu angin kencang bertiup kuat pada malam itu di Negara Permata Jiwa.
Kekecohan kedengaran sekejap di pekan kedengaran namun kekecohan itu akhirnya
hilang beberapa minit setelah tiada angin kuat susulan yang melanda.
Tuanku Zulhilmi tidak sedap
hati selepas itu. Petanda yang buruk bagi negaranya. Namun, dia tidak tahu apa
yang bakal melanda negaranya. Selama beberapa tahun ini, beberapa negara di
selatan dunia telah berjaya ditakluk oleh Raja Yabudi. Seorang yang sangat
kejam dan dikatakan mengamalkan ilmu hitam dalam pentadbirannya. Tapi, Raja
Yabudi itu tidak pernah berada tetap di sesuatu tempat, seperti Raja Yabudi itu
berasa tidak selamat di satu tempat pada waktu yang lama. Berita-berita bahkan
satelit-satelit yang berada di luar angkasa tidak mampu menjejaki dia. Heboh
seluruh dunia akan perkara tersebut ibarat ada kabus hitam atau awan hitam yang
menutup pergerakan kesemua bala tentera Raja Yabudi.
Tuanku Zulhimi menghembuskan
nafasnya dengan kuat. Dia bersedia untuk menyelusup keluar dari bangunan tinggi
yang dipanggil istana tersebut. Sudah 2 minggu dia melakukan kerja ini. Bermula
apabila dia menjumpai sebuah pintu di belakang rak bilik bacaan yang diwarisi
dari datuknya, menembusi satu ruang yang diisi dengan meja tulis, sebuah lampu
meja dan kerusi serta lengkap dengan makanan yang dijeruk cukup untuk 2 tahun
bekalan. Dia memulas tombol pintu yang berada di dalam bilik tersebut. Cahaya
memasuki matanya. Akhirnya, dia di sini. Tempat yang dia berada sekarang. 5 km
daripada bangunan tinggi tersebut yang di panggil Istana Pelangi.
Zulhilmi berlalu pergi. Berlari. Tidak mahu
dirinya disedari hilang dari katil besar tempat dia berehat. Menyelusuri jalan
panjang yang hanya menjadi satu-satunya jalan dari istananya ke kawasan
perumahan yang diduduki rakyat yang disayanginya. 15 minitnya, akhirnya dia
sampai ke kawasan perumahan rakyatnya. Tiada seorang pun rakyatnya berkeliaran.
Mungkin semuanya sedang nyenyak tidur dalam kedamaian.
Perkara pertama yang menjadi kebiasaannya
apabila datang ke pekannya ialah menjejakkan kakinya ke sebuah taman yang
terjaga rapi terletak tidak jauh dari pekan. Suka dia di situ. Tenang. Biasanya
dia akan membaringkan diri buat 30 minit melihat bintang sebelum berjalan
mengelilingi pekannya melihat-lihat rakyatnya.
“Allah itu Yang Maha Mengetahui,
Allah jua Yang Maha Menyelamatkan,
Namun,
Manusia itu selalu bongkak dan lupa,
Sentiasa membelakangi Tuhannya,
Hingga,
Sanggup membunuh sesama saudara,
Sanggup memaksa membiarkan mereka,
Terus,
Merayu-rayu sengsara membantu,
Hingga mereka sanggup mati,
Tidak sanggup berada di dunia fana ini,
Lagi…….”
Allah jua Yang Maha Menyelamatkan,
Namun,
Manusia itu selalu bongkak dan lupa,
Sentiasa membelakangi Tuhannya,
Hingga,
Sanggup membunuh sesama saudara,
Sanggup memaksa membiarkan mereka,
Terus,
Merayu-rayu sengsara membantu,
Hingga mereka sanggup mati,
Tidak sanggup berada di dunia fana ini,
Lagi…….”
Telinganya tertangkap suara
merdu yang mengungkap kalimat-kalimat kehidupan. Kali pertama dia mendengarnya.
Bangun dari pembaringannya melihat bintang, mencari-cari suara yang didengarinya. Terpandang bayangan
seorang perempuan termenung jauh di atas rumput sambil memandang bulan yang
bercahaya. Selendangnya mengibar-ngibar mengikut angin. Zulhilmi cuba
mendekati.
Krik! Bunyi dahan patah dipijak olehnya
mematikan kalimat-kalimat yang diucapkan oleh perempuan tersebut. Perempuan
tersebut berpaling, sekilas melihat bayangan seorang lelaki, dia terus berlalu
laju.
“Cik! Cik!”
Zulhilmi cuba mengejar namun perempuan itu tidak mahu berhenti.
Akhirnya hilang ditelan kegelapan malam.
Walaupun rasa ingin tahunya meninggi, namun, melihat kepada jam di tangannya,
dia membatalkan hasrat untuk mengejar perempuan tersebut. Tugas sebagai
pemimpin rakyatnya perlu didahulukan. Akhirnya, dia berjalan ke pekannya untuk
memantau kawasan perumahan rakyatnya. Setelah selesai, dia kembali pulang ke
bilik besarnya yang dihias oleh kemilau emas keputihan. Setelah sujud
mengabdikan diri, dia mengatur dirinya mengambil rehat sebelum bangkit
mengerjakan sebagai hamba-Nya pada Subuh nanti.
………………………………………………………………..................................................
“Tuanku,
ibunda tuanku memanggil.” En. Ishtiaq memaklumkan apabila melangkah masuk ke
dalam biliknya.
Umurnya baru 21 tahun. Namun, bahunya telah
digalas dengan tanggungjawab untuk mentadbir negara sejak 3 tahun lepas setelah
ayahandanya ditembak semasa berucap dalam kalangan rakyat. Ayahnya tidak pernah
takutkan kepada sesiapa dan ayahnya tidak pernah meminta pengawal peribadi
melainkan En. Ishtiaq sebagai orang kepercayaan untuk menjaga keselamatan dan
sebagai kawan suka duka. Dan, En. Ishtiaq itulah yang menjadi penganti ayahnya
sejak 3 tahun lepas di samping pengawal peribadinya.
Zulhilmi tersenyum. Mengangguk. Baru
melepaskan lelahnya daripada belajar Statistik dengan mengerjakan 2 rakaat
Dhuha. Zulhilmi tanpa lengah melangkah menuju ke bilik ibundanya yang
tercinta.
“Bonda
memanggil anakanda?” Kelihatan Zulhilmi yang kemas berpakaian melangkah ke
dalam bilik ibunya.
“Ke mari
anakanda. Kenalkan ini kawan ibu. Datin Yersinia. Baru sahaja pulang dari
Australia sejak 10 tahun lalu bersama anak perempuannya.” Ratu Ilina menunjukkan Datin Yersinia dan anaknya, Balqishah.
Zulhilmi menyalami Datin Yersinia dan menunduk hormat kepada Balqishah.
“Sopan anak
awak, Ilina. Rasanya 10 tahun dahulu masih menjadi anak yang degil dan keras
kepala.”
“Kehidupan
banyak mengajar dia, Yersinia. Apa kata Zul bawa Balqishah berjalan-jalan
sekitar pekan yang berdekatan?”
Zul hanya menurut. Tidak mahu
memalukan ibunya yang melahirkan dirinya walaupun dirinya agak tidak bersetuju
dengan cadangan tersebut kerana masanya masih banyak perlu dicurahkan untuk
berbakti kepada rakyatnya. Tapi, dia akur. Itu ibunya walaupun pandangannya dan
ibunya amat berbeza.
Zul banyak terdidik dengan sikap
sederhana ayahandanya, Raja Zulrashid. Yang tidak sukakan kemewahan melampau,
suka membantu orang lain, memperjuangkan hak-hak rakyatnya yang sepatutnya,
selalu merasakan dirinya rendah dari sesiapapun dan hanya meletakkan Allah di
hati. Berbeza dengan ibunya. Walaupun disuruh ayahnya memakai tudung, tapi
ibunya enggan walaupun bajunya masih sopan. Ibunya juga kurang mengambil berat
tentang solat seharian. Sukakan kemewahan. Mungkin kerana didikan keluarga
diraja ibu yang lebih kebaratan. Disebabkan perkahwinan aturan, maka, dia yang
dihasilkan. Dia akur akan takdir hidupnya. Sejak 3 tahun lepas, dia yang menggalas
tugas ayahnya untuk tidak jemu mengajak ibunya ke pangkal jalan.
Melihat kepada Balqishah.
Istighfar dirinya. Bahunya yang putih terdedah. Bergaun serba kebiruan.
Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas. Cantik tapi kecantikannya tidak dijaga
dengan sepatutnya. Zulhilmi menundukkan pandangannya. Menunduk hormat kepada
ibunya dan meminta izin untuk mempersiapkan diri.
…………………………………………………………………………..........................................
“Can you
give me a favour?” Zulhilmi bertanyakan Baqlishah.
Baqlishah
mengangguk sopan. Zulhilmi membuat isyarat mata kepada En. Ishtiaq.
“Tolong
pakai ini. Harap awak tak keberatan.” Zulhilmi mengambil kot biru sederhana
panjang berbulu lembut yang sedondon warna dengan gaun Balqishah lalu menghulurkan
kepadanya.Pipi Balqishah
kemerahan. Segan. Terus mengambil kot tersebut unuk menutup badannya yang
terdedah.
“Awak lebih
cantik apabila kecantikan awak disimpan rapi untuk yang selayaknya.” Zulhilmi memberi senyuman manisnya sambil membuka pintu belakang kereta Mercedes merah
kesayangannya.
“Silakan,
Puteri Balqishah.” Setelah Balqishah masuk, pintu ditutup. Balqishah berasa pelik apabila Zulhilmi bukan
membuka pintu di sebelahnya tetapi membuka pintu di sebelah pemandu.
“Jom! Ayah
Ishq pandu ya.”
En. Ishtiaq tersenyum dan mengangguk lalu
mengambil tempat pemandu. Zulhilmi bukan seperti kebiasaan putera yang lain.
Tidak suka untuk membiarkan En. Ishtiaq yang dianggap seperti ayahnya itu
terasa seperti pemandu.
Di dalam kereta, borak bicara Zulhilmi penuh
dengan soal negara dan agama dengan En. Ishtiaq. Balqishah gelisah. Perkara itu
disedari oleh Zulhilmi. Lupa Balqishah itu tetamu mereka yang mesti
dimuliakan.
“Puteri Balqishah,
sudah makan tengahari?” Zulhilmi berbasa basi.
“Panggil
saya, Qish. Belum. Ibu mengesa saya ke mari setelah sejam sampai ke sini.”
“Kalau
macam itu, kita pergi ke restoran di pekan sahajalah. Nanti saya mesejkan ibu,
kita makan di pekan.” Cadang Zulhilmi.
“Baik,
Tuanku Zulhilmi.” Terbit senyuman menawan dari Balqishah kerana perutnya
telah lama menahan perit kelaparan.
“Just call
me, Zul.” Zulhilmi tersenyum.
……………………………………………………………………………
“Makanlah.
Selepas makan, saya bawa awak berjalan-jalan di sekitar pekan ini. Kalau awak
nak beli apa-apa yang berkenan pun boleh. InsyaAllah, saya belanja.” Zul
mempersilakan.
Restoran Red Muslim yang dipilih Zulhilmi amat unik. Selain merah yang pasti menjadi temanya, biasanya restoran-restoran
mempamerkan kumpulan muzik tapi restoran ini mempamerkan alunan beberapa qari
yang sangat merdu suara mereka mengalunkan qasidah. Amat menenangkan tapi
menjanggalkan buat Balqishah yang berada di dunia barat selama 10 tahun. Dirinya
juga seperti dalam kereta tadi. Zulhilmi hanya asyik berborak dengan En.
Ishtiaq sambil makan. Tapi, Balqishah malas ingin memikirkan kerana perutnya
yang sangat lapar. Akhirnya, dia menikmati hidangan di depan matanya. Wah!
Sedapnya!
“Ayah Ishq
boleh temankan Qish? Saya nak berjalan ambil angin sebentar. Apa-apa yang Qish
mahukan, ayah Ishq tolong layankan ya.” Zulhilmi meminta.
“Baiklah,
Zul.” Dan Zulhilmi berjalan membawa haluannya sendiri.
Kakinya
melangkah ke Masjid Zulrashid yang dibina bersempena nama ayahandanya semasa
pemerintahan ayahandanya. Waktu Zohor yang bakal menjelang masuk dalam 30 minit lagi. Dia ingin solat berjemaah di masjid tersebut. Masjid tersebut membawa banyak nostalgia lama tentang ayahandanya. Ayahanda yang sangat dia sayangi dan kagumi.
“Alhamdulillah.”
Bersyukur Zulkarnain masih berkesempatan merehatkan diri sekejap sambil menunggu waktu Zohor. Dia mengulang hafazan yang telah dihafal bermula awal 7 tahun yang digalakkan oleh ayahandanya. Sekarang, dia telah menjadi salah seorang huffaz dalam negaranya. Sejurus kemudian, Zohor berkumandang.
Imam Hafiz melangkah. Pelik dengan kehadiran
seorang pemuda pada awal waktu Zohor. Perkara yang sangat jarang dilihatnya.
Kerana bukan mudah seorang pemuda di akhir zaman ini menjejakkan kaki di masjid
apatah lagi di awal waktu. Terngiang hadis Rasulullah s.a.w yang mengatakan
umat Islam itu akan berjaya dan ditakuti musuh apabila semua pemudanya solat
Subuh dan Asar berjemaah di masjid. Baginya dari hadis ini, apa yang penting bukan waktu solat yang perlu dibahaskan, tetapi betapa pentingnya solat jemaah dalam kehidupan dan dalam menjamin kemakmuran serta kesejagatan penduduk dalam sesebuah negara.
“Anak…”
Imam Hafiz menepuk bahu. Zulhilmi berpaling, memberikan senyuman.
Imam Hafiz
terkejut.
“Anak,
Tuanku Zulhilmi?” bertanya Imam Hafiz.
Zulhilmi hanya tersenyum
“Daulat
Tuanku.” Imam Hafiz tunduk melutut merendahkan taraf dari rajanya.
“Eh, Imam
Hafiz. Tak apa. Tak apa. Anggap saya sebagai orang biasa sahaja, pak cik.”
Imam Hafiz
mengangkat muka. Teringat kerinduan lamanya. Dia terus memeluk Zul.
Zul kaget.
“Pak cik
teringat ayah Tuanku. Zulrashid. Setiap kali azan berkumandang, pastinya pak
cik ternampak tubuhnya sedang berteleku
di sini sesibuk mana pun dirinya. Tempat yang sama tuanku berada. Maaf, pak cik
hanya teringatkan Rashid.”
“Tak apa,
pak cik. Jemaah semakin ramai. Pastinya menunggu pak cik sebagai imam. Jom, pak
cik!” ajak Zul.
“Adakah
Tuanku tidak keberatan untuk mengimamkan solat Zohor pada hari ini?” Imam Hafiz
meminta.
Zulhilmi tidak sampai hati menolak. Akhirnya,
dia mengangguk. Menitis air mata Imam Hafiz mendengar alunan ayat Quran Tuanku
Zulhilmi. Baginya, Rashid telah berjaya membesarkan seorang anak menjadi
seperti dirinya bahkan mungkin lebih baik lagi. Setelah disalami, Zulhilmi ditemui Imam Hafiz.
“Adakah
Tuanku sudi menjejakkan ke pondok pak cik buat sekejap? Memeriahkan pondok pak
cik pada petang ini?” pinta Imam Hafiz.
“Pak cik,
jangan panggil saya Tuanku. Panggil sahaja saya Zul sahaja. Itu permintaan
saya.”
Imam Hafiz
tersenyum lalu mengangguk.
“Jom!
Mungkin pak cik pun boleh kongsikan banyak ilmu agama berharga pak cik kepada
saya.” Mereka berdua kelihatan berjalan beriringan menuju ke sebuah pondok
tidak jauh dari masjid tadi.
Rumah kayu
itu amat sederhana. Hanya perkakas perumahan asas yang kelihatan. Serta
sekeping puisi yang dibingkaikan.
“Zul duduk
dahulu ya. Pak cik ingin memberitahu isteri pakcik tentang kedatangan Zul.” Zul
hanya mengangguk. Berdiri di hadapan puisi yang digantung. Puisi yang sama.
Sama seperti yang didengarinya pada malam semalam. Tapi, siapakan pengarangnya?
Dan siapa pendeklamasinya? Persoalan yang pastinya ingin ditanya kepada Imam
Hafiz.
Telefonnya
berdering. Panggilan dari Ketua Pertahanan negara. Pastinya ada perkara penting
berlaku. Setelah bercakap seberapa ketika dengan Ketua Pertahanan Negara,
telefon dimatikan. Imam Hafiz baru muncul.
“Pak Cik,
saya minta maaf. Saya terpaksa pulang ke istana. Ada perkara berlaku yang mesti
saya bincangkan bersama menteri-menteri saya. Ada masa dan nyawa, saya akan
jejakkan kaki saya di sini lagi. InsyaAllah.”
“Anakku,
Zulkarnain. Jaga dirimu. Moga Allah memudahkan urusanmu dan menyelamatkan kita
semua. Dan anakku, bawa ini bersamamu. Guna semasa dirimu amat memerlukan
pertolongan. Dengan izin Allah, ia akan membantumu.”
Imam Hafiz menghulurkan satu botol keputihan
kepada Zul. Zul berlari pergi setelah mengucapkan terima kasih.
Dan pada firasat Imam Hafiz, pastinya dia tidak dapat ketemu Zul lagi.
Masanya hampir tiba dan dia pun mendapat tahu ada kejahatan menghampiri
negaranya. Dia perlu menyelamatkan keluarganya.
“Aifa dan kasihku, Aisya!” Imam Hafiz memanggil isterinya dan anak perempuannya yang baru
sahaja pulang menghabiskan pengajian agama di luar negara. Kelihatan mereka
berdua menghampiri.
“Kemas
barang kamu. Kamu berdua perlu lari dari sini. Aifa, jaga ibumu. Ayah ingin
berperang bersama mereka jua. Selagi ayah ada kekuatan yang dipinjam oleh
Allah, ayah akan menggunakannya untuk melawan kejahatan.”
Aifa dan ibunya, Aisya tidak berlengah.
Sejak 3 tahun lepas, selepas kematian Tuanku Zulrashid, Imam Hafiz selalu
mendapat firasat dari Allah, terutama bila ingin membuat sesuatu keputusan yang
besar dalam sesuatu yang penting dalam hidupnya.
30 minit kemudian, bergema pengumuman dari
istana supaya rakyat berkumpul. Mereka berkumpul di depan televisyen besar yang
biasanya menjadi pengumuman langsung dari istana. Televisyen itu terpasang. Imej
Tuanku Zulhilmi menjelma.
“Bismillahirrahmanirrahim.
Dari Allah kita datang dan dari Allah jua kita kembali. Wahai rakyatku yang
beta kasihi, pada hari ini, setelah beberapa puluh tahun kita diberi kenikmatan
oleh-Nya, namun, pada hari ini, Dia memberi ujian buat kita. Moga kalian
sanggup menghadapi ujian ini dengan tabah dan bersama-sama dalam jemaah. Beta
akan terus kepada isu sebenar.Seangkatan
tentera berkuda seramai 100,000 sedang mara ke negara kita serta 200,000
angkatan tentera berjalan kaki bersama beberapa kereta kebal sedang bergerak
menuju ke negara kita. Itu tidak termasuk beberapa jet pejuang yang berlegar
serta peluru berpandu kepunyaan musuh. Angkatan ini dipimpin oleh Raja Yabudi,
yang telah selama beberapa tahun ini cuba menakluk negara-negara di sebelah
selatan tanpa belas kasihan dengan membunuh tidak kira kanak-kanak, perempuan
mahupun orang tua.
Beta sedang
cuba meminta bantuan dari negara-negara seagama kita yang berdekatan, namun,
hanya alasan dan penolakan yang beta terima. Maka, pada saat ini, kita terpaksa
bergantung kepada Allah dan kekuatan kita sendiri. Tentera kita berjumlah
100,000. Pastinya, dengan bilangan kita tidak mampu menyaingi mereka. Namun,
kita ada Allah sebagai penolong kita. Tapi, kita juga perlu usaha. Maka, Beta
berharap, setiap pemuda dan lelaki dewasa di negara beta, tampil ke depan
berperang bersama. Dan yang lain,
diminta mempersiapkan diri untuk melarikan diri ke dalam hutan selaju yang
boleh. Perjalanan kalian akan diiring oleh beberapa pemuda yang beta tugaskan.
Moga kalian
semua dalam lindungan Allah. Doakan negara kita.”
Selepas pengumuman tersebut
semua gempar. Semuanya bersiap untuk melarikan diri.Setelah beberapa waktu mengumpul semua pemuda dan
lelaki dewasa yang ingin turut berperang, Zul berasa kecewa. Hanya suku
daripada para pemuda dan lelaki rakyatnya yang datang melaporkan diri. Tapi,
dia terus membuang rasa itu. Rasa yang tidak diperlukan dalam situasi genting
seperti ini. Zul terus menyusun strategi sebijak yang mungkin. Dalam masa dua hari lagi, musuh akan sampai di
hadapan kubu negaranya. Zul hanya mengharapkan pertolongan Allah bersama
dengannya.
Pada saat tertekan itu, baru
Zul sedar banyak yang perlu dia buat dalam mentadbir di samping
memajukan sebuah negara. Tapi, hari ini tiada apa-apa yang dapat menebus
kekhilafannya dalam mentadbir. Hanya mengharapkan Allah memberi dirinya dan
rakyatnya peluang kedua dan menjadi khalifah Bumi yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment